Madu Tualang Liar Biasa Dr. Bazrul ialah madu asli yang dihasilkan oleh lebah liar spesies Apis dorsata. Berbeza daripada madu ternak, madu ini dihasilkan oleh spesis lebah liar yang tidak boleh diternak dan terbang secara liar mencari nektar bunga dari pokok-pokok spesis Palma seperti:
1. Pokok Palma Manila (*Veitchia merrillii*)
2. Pokok Palma MacArthur (*Ptychosperma macarthurii*)
3. Pokok Palma Sawit (*Elaeis guineensis*)
4. Pokok Palma Licuala (*Licuala peltata*)
5. Pokok Palma Diraja (*Roystonea regia*)
6. Pokok Palma Sabal (*Sabal yapa*)
7. Pokok Palma Nipa (*Nypa fruticans*)
yang tumbuh secara semulajadi dan bukannya ditanam dan dibaja oleh manusia, menjadikannya antara madu yang paling tulen dan berkhasiat.
🌿 Ciri-Ciri Madu Tualang Liar Biasa Dr. Bazrul
– Warna:Biasanya berwarna gelap kehitaman disebabkan oleh kandungan mineral seperti zat besi, kuprum, dan magnesium yang tinggi. Warna ini boleh menjadi lebih gelap jika disimpan lebih lama
– Tekstur:Lebih cair berbanding madu ternak kerana kandungan air yang agak tinggi, sekitar 22%–26%
– Aroma:Mempunyai bau yang kuat dan sedikit masam, hasil daripada pati debunga hutan
– Rasa:Rasa manis yang unik dengan sedikit kelat dan perit apabila ditelan
Madu Tualang Liar Biasa Dr. Bazrul adalah pilihan terbaik bagi mereka yang mencari madu asli dengan pelbagai manfaat kesihatan pada harga yang lebih mampu milik untuk dijadikan suplemen harian seisi keluarga atau hadiah istimewa untuk orang tersayang.
Madu Tualang Liar Emas Dr. Bazrul ialah sejenis madu hutan tropika yang dihasilkan oleh lebah liar spesies Apis dorsata yang membina sarang di pokok-pokok Tualang atau pada dinding-dinding Gua yang terdapat di dalam hutan tropika Malaysia. Madu ini dikenali dengan warna keemasan yang cerah dan rasa manis yang lembut serta aroma floral yang menyenangkan. Ia terhasil dari spesis nektar bunga hutan yang tumbuh di pokok-pokok herba secara semula jadi dan liar, menjadikannya antara madu yang paling tulen dan berkhasiat.
🌿 Ciri-Ciri Madu Tualang Liar Emas Dr. Bazrul
– Sumber Asli: Dituai terus dari sarang lebah Apis Dorsata yang bersarang di pokok Tualang dan dinding gua. Tidak diproses, dicampur dan dikilangkan.
– Warna Keemasan: Mempunyai warna keemasan semulajadi yang tidak sekata, menandakan kualiti dan ketulenannya.
– Rasa dan Aroma: Mempunyai rasa manis yang lembut dan aroma floral yang menyenangkan.
– Tekstur: Cair seperti Minyak Zaitun.
– Proses Semula Jadi**: Diperah dan ditapis tanpa campuran atau pemprosesan tambahan. Dibotolkan secara manual tanpa penggunaan mesin, bagi menghindari haba yang merosakkan nutrisi madu agar ia kekal berkhasiat dan tidak dicemari.
Madu Tualang Liar Emas Dr. Bazrul adalah pilihan terbaik bagi mereka ingin merawat pelbagai penyakit terutama penyakit-penyakit kronik.
Gabungan Madu Tualang dan Tongkat Ali merupakan kombinasi herba semula jadi yang popular di Malaysia, terkenal dengan pelbagai manfaat kesihatan yang menyeluruh. Kedua-dua bahan ini telah digunakan dalam perubatan tradisional untuk meningkatkan tenaga, sistem imun, dan kesihatan seksual. Berikut adalah kelebihan utama gabungan ini:
 1. Meningkatkan Tenaga dan Stamina-Madu Tualang menyediakan sumber tenaga segera melalui kandungan glukosa dan fruktosa semula jadi, manakala Tongkat Ali mengandungi sebatian quassinoid yang membantu mengatasi keletihan dan meningkatkan stamina tubuh
2. Meningkatkan Sistem Imun-Kombinasi ini membantu meningkatkan sistem ketahanan badan, menjadikan tubuh lebih kebal terhadap jangkitan dan penyakit
3. Meningkatkan Kesihatan Seksual-Gabungan ini membantu meningkatkan kualiti kehidupan seksual dengan meningkatkan paras testosteron dan fungsi seksual lelaki
4. Meningkatkan Prestasi Fizikal dan Mental-Kombinasi ini membantu meningkatkan prestasi fizikal dan mental, menjadikan tubuh lebih bertenaga dan minda lebih fokus
5. Melancarkan Peredaran Darah-Gabungan ini membantu melancarkan peredaran darah, yang penting untuk kesihatan jantung dan fungsi organ yang optimum
Email : admin@myshop.drbazrul.com atau Whatsapp: +60148342586
Dr Bazrul Shop – Aura Aina Empire (SA0574492-T)No.2 PT6484, Lorong Masjid, Kg. Baru Puchong Batu 14, 47100, Puchong, Selangor
Laman E-Dagang Rasmi Madu Tualang Dr. Bazrul Malaysia